bersyukur kepada orang yang menyakiti hati kamu kerana dialah orang yang menabahkan kecekalan hati kamu,
bersyukur kepada orang yang menipu kamu,kerana dialah orang yang menambahkan pengetahuan kamu,
bersyukur kepada orang yang tak endahkan kamu,kerana dialah orang yang memupukkan sifat berdikari kamu,
bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu,kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu,
bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu..
kita bermula dengan kebingunan,serba tidak tahu arah tujuan..
Tuhan hanya menunjuki,terpulang kepada kita untuk kita mengikuti..
Nabi sudah menuntuni,hanya mungkin kita yang sombong diri..
hati yang kebingugan mula teraba-raba mencari arah..
harapnya Tuhan masih sudi membelai dengan kelembutan magfirah..
Jiwa yang kegelapan dek maksiat dan kemarau air mata kekhusyukan mula terasa..
Moga tuhan masih sayang akan kita..
Ya Allah,
kau hadiahkan aku sahabat,
kau jadikan hatiku bersyukur atas kurnianMu,
kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku..
Tika kau hadiahkan ku sahabat,
Kau jadikanlah sahabatku ini teman seperjuanganku..
peniup semagat juangku..
saling membantu memikul beban dakwah agamaMu
Tika kau hadiahkan ku sahabat,
kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu..
teguhnya atas cinta padaMU..
dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalikan dari mengingatiMu..
Ya Allah,
bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku cinta kepadaMu
No comments:
Post a Comment