Monday, September 14, 2009

surat buatmu kekasihku..

Abang...
sudah lama Lia tidak mendengar khabar berita dari abang...
pelbagai persoalan yang bermain dibenak Lia..
sehatkah Abang di sana?terjagakah makan minum Abang?bagaiman kehidupan Abang?

Abang.,
sudah tidak dapat digambarkan betapa rindunya hati Lia kepada Abang..
Lia sentiasa ingat senyuman yang terukir di bibir Abang..
senyuman yang sentiasa memberikan Lia kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang..
masih lagi terasa hangat gengaman tangan Abang..
gengaman yang seolah-seolah tidak merelakan Lia pergi walaupun untuk seketika..
terngiang-ngiang lagi gelak ketawa riang Abang di telinga Lia..
Oh indahnya kenangan saat itu!

kalaula Abang tahu betapa hati Lia ini derita kerana Abang telah mendiamkan diri..
seksanya hati Lia apabila terpaksa memendam perasaan rindu ini...
namun Lia pasrah atas segala yang berlaku...
Lia terima semua ini sebagai ujian Allah untuk hambaNya..
Lia bersyukur diberi kesedaran ini..
mungkin inilah jalan terbaik untuk kita berdua...
Lia tidak lagi mahu menambah dosa kita..
biarlah kenangan itu pergi..
biarlah memori itu berlalu..
Lia tahu Abang kecewa dengan sikap Lia..
yang tiba-tiba ingin memutuskan pelayaran cinta kita..
sekaligus memusnahkan impian yang dibina bersama...
namun Lia nekad...
kerana Lia pasti dengan jalan ini...
jalan yang Allah telah tunjukkan pada Lia...
jalan yang diredhaiNya...
walaupun Lia tahu jalan yang Lia pilih ini penuh liku..
namun Lia cuba tabah...
dan Lia mengharapkan Abang juga tabah untuk menghadapinya...

Abang,
balutlah hati Abang yang luka itu dengan zikrullah...
kerana disitu Abang akan menemui ketenangan...
itulah janji Yang Esa...
carilah cinta daripadaNya...
kerana disitu Abang akan menemui cinta yang paling Agung..
semoga Allah merahmati kita berdua...
dan jika benarlah Abang jodoh Lia..
Lia yakin perpisahan ini hanyalah sementara...
sekadar untuk menguji keimanan kita...
di akhirnya pasti ada kebahagiaan untuk kita berdua...
insya ALLAH...

yang ikhlas
~LIA~

No comments: