Monday, October 12, 2009

~sms #1~

"bahagia bukan apa yg kita miliki tetapi apa yang ingin kita miliki dan usaha untuk mendapatkanya, jika berjaya kita bahagia, jika tidak berjaya kita tetap bahagia..jika berjaya kita nikmatinya dalam ukuran dunia, jika tidak kita nikmatinya dalam ukuran akhirat, anggap semua yang telah berlaku sebagai teladan dan pengalaman..bukan titik hitam yg meracuni fikiran..persekitaran tidak boleh diubah,hanya kita yang perlu pandai memilih dan mencorakkanya,orang yang banyak dugaan ialah orang yang Allah sayangi..renungilah jika kita hidup kerana Allah,maka TUJUAN kita hidup pun kerana ALLAH.."

"sesiapa yang mencintai ALLAH pasti semakin sunyi dengan manusia, dtengah keramain rasa keseorangan,saaat kesukaan dia berduka,orang ketawa dia menangis,jasad dengan manusia tapi hati tetap dengan Allah,ketenangan dan kedamaian adalah hembusan dilangit diturunkan kepada hati orang yg beriman, mereka tetap akan berdiri teguh dkala insan lain mengalami kegoncangan "~Syed Qutub~

"sahabat, kuhadiahkan untai-untaian zikrullah agar kau dapat melepaskan seluruh kerinduanmu kepada yg ESA,ku hadiahkan bait-bait suci Al-Quranul Karim kepadamu agar kau bisa mencintai DIA melebihi daripada kecintaanmu terhadap dunia dan seluruh isinya,kuhadiahkan cantuman doa yang tidak putus-putus agar kasih persahabatan ini lebih harum daripada wangian kasturi,dan...ku hadiahkan hikmah kehidupan agar kau tidak tersasar dari landasan kebenaran...seandainya satu masa lagi ku tidak dpt lagi bersamamu..."

"hati itu ibarat berlian yang bergemerlapan dan setiap ukhwah yang terjalin adalah penguat sinarnya,maka simpanlah satunya dalam hatimu..ku harap kau mengerti bahawa hidup ini tidak pernah sepi dan dikau akan mempunya teman yang tidak akan menyepi dan yang akan memberi penguat dalam menghadapi tarbiyahNya..pasrahlah pada ALLAH,nescaya DIA akan memudahkan dirimu jalan keluar daripada dugaan ini..semoga ukhwah yang dibina dengan lafaz bismillah hanya diakhiri dengan lafaz innalillah...=)"

No comments: